Pages

Thursday, December 23, 2010

Jom Pi Skolah...!!!!

Assalamualaikum....sedar x sedar da nak buka skola da....tnggal bape ary ag nk g skola....hhmmmm...ase berat laa plak kaki aku ney biler nak g skola....wlaupun ctie da bpe bulan n dok kt umah dah hampir 3 bulan coz cuti sakit...hhmmm.....

Hmmm....tapi ary ney aku xde byk sgt idea coz bosan sgt dok umah..maklum laa da nak 3 bulan kn dok umah xwt pape sgt pown...msti laa boring...ase nak g skola pown ade laa trse gak wlaupun kaki ney masih trse berat ag....spe xrindu nak g skolah kan...nak jumpa kawan2, cikgu2, pakcik2 makcik kt skolah...huhu....

Baju skola blom beli ag..barang2 n peralatan pown masih blom....ble laa nak g bli ekk..sbr jekk laa mse masih ade ag....lau xsempat xbeli laa baju baru...hehehe....kalau g skola bleh xde laa boring sgt coz ade byk aktiviti2 yg dpat aku wt kt sne ngn kawan2...tiap2 petang leh men bola...lau kt umah xleh coz xde padang bola n juz min timang2 jekk...kaki ney da lme x shoot bola kuat2...hehehe(perasan terer,mcmlaa power sgt men bola 2)....

hmmm...takat ney jek laa aku leh tulis coz petang ney aku xde idea sgt nak sje2 nak update blog aku ney..da bape ary x up date...k lah n aku nak ucap selamat kembali ke skolah bagi spe2 yg masih berskolah...n selamat balik ke 'u' bagi spe yg dok 'u'...k lah...takat ney jaa aku mampu tulis tuk ptang ney...wassalam...




                                              bye-bye cuti sekolah....jumpa lagi tahun hadapan!!!!daaaa...
                                       belajar rajin-rajin yek....smoga anda bersemangat tuk g skolah...hehehe  

Saturday, December 18, 2010

DiLemA AkU Di KeLaNtAN..!!!!

Hmmm....bape ary yg lalu, aku dtg ke kelantan utk wt rawatan ssulan aku ney...aku ingat pegi 3 hari jekk coz Doktor xckp ape2 pown kne dok bpe hari...aku ingat dok sekejap jekk laa kan....

Setelah aku sampai di Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) Kubang Kerian, sebelum wt rawatan aku 2,tetiba nurse kt situ ckap, aku kene minum iodine yg berwarna putih...dah laa mahal gile ubat 2, xsampai 1ml pown,harga dia da RM 450...byangkanlah kan...dengan RM 450 2 bleh beli macam2 dah...hmmm,tapi nak wt cane kan,da nak berubat kene laa terima sume 2, Nasib laa bawak GL perent aku 2...kalau x kne bayar RM 450...mne nak amek duit RM 450 2 tuk mnum iodine yg Xsampi 1ml....

Ayah aku bingat da bleh balik dah lepas wt rawatan 2 but kne dtg lak ary Ahad ney(esok la) tuk wt scan plak...so,ayah aku ckap bek dok kt cni jek kan...lau balik nak kne dtg balik plak...so,family aku wt keputusan dok kt cnie jekk...

Aku da laa xleh dok dkat ngn orang selama 1 week coz da mnum iodine 2...so,semlm n hary nie aku xg mne2 laa coz xleh dkat ngn orang...aku xkesah pown nak dekat ngn orang...tapi kesian laa kt orang nnti x psal2 effect dia kne kt orang 2,aku gak yg kene tanggung dosa....tpi hari da bosan tahap gila da...aku terpaksa laa kuar jln2 gak dekat2 nie jek coz aku doki kt umah tok sedara aku...nasib baik laa ade CC kt depan umah dia...kalu x msti borinx gila sampai xtaw nak habaq laa...senag citer...so,dgn masa yg ade ney,aku meng-update laa blog aku ney kan dgn citer hdupku di kelantan ney...

Akhir sekli aku da nak mntak maaf kt korang yg sudi singgah ke blog aku ney n aku xsempat nak singgah balik coz aku masih di kelantan...bile2 aku da sihat sikit aku pegi laa melawat balik blog korang yekkk....thnx laa tuk sape2 yg singgah n follow aku...

Saturday, December 11, 2010

Hukum Mengucap Merry Chrismas...Adakah Di Bolehkan di Sisi Islam??

Assalamualaikum warahmatullahSaya menerima beberapa pertanyaan berkenaan Hukum mengucapkan Merry Christmas, khasnya sebagai respons
kepada artikel Astora Jabat yang tersiar di Mingguan Malaysia pada 26 Disember yang lalu.

Alhamdulillah, berikut ini adalah respons daripadasaya. Jika bermanfaat, sila baca artikel ini dan beritahu kepada rakan-rakan dan forum yang lain.

"Sebenarnya tiada maksud yang jelas daripada al-Quran dan
hadis yang mengharamkan orang Muslim mengucap tahniah
dan menghadiri perayaan bukan Muslim. Tetapi orang
Muslim yang berfikiran tertutup termasuk yang menjadi
ulama mempunyai banyak sebab membolehkan mereka
mengharamkan perkara itu.

Salah satu sebabnya seperti disebut forumner di atas,
iaitu kerana orang Kristian didakwa syirik, maka kita
mengucap tahniah kepada orang Kristian dan menghadiri
majlis Krismas mereka dianggap menjadi syirik yang
dosa lebih besar dari menyuruh orang berzina, minum
arak, membuka aurat, main judi, membunuh dan
sebagainya.

Dia lupa bahawa Nabi Muhammad s.a.w. memberi
penghormatan kepada mayat bukan Muslim, Allah
membenarkan orang Muslim makan dan kahwin dengan
wanita Ahli Kitab dan sebagainya.

Di atas adalah nukilan daripada kata-kata Astora Jabat
dalam ruangan Bicara Agama, Mingguan Malaysia pada 26
Disember 2004. Ringkasnya dalam artikel beliau yang
berjudul Ucapan selamat Hari Krismas syirik?�Astora
Jabat berpendapat dibolehkan mengucapkan Merry
Christmas kepada orang-orang beragama Kristian.
Dalilnya adalah, seperti biasa, tidak ada maksud yang
jelas daripada al-Qur�an dan as-Sunnah yang melarang
orang Islam mengucapkan Merry Christmas kepada orang
Kristian.

Sememangnya sudah tidak asing lagi bagi kita semua
bahawa antara bentuk dalil yang masyhur di sisi Astora
Jabat dan lain-lain tokoh Islam Liberal dalam
menegakkan sesuatu fahaman mereka ialah �tidak ada nas
yang jelas�. Kemudian mereka mencari apa sahaja
penguat yang lain untuk mendukung fahaman tersebut.
Semua ini seolah-olah Islam adalah satu agama vakum
yang boleh dipenuhi oleh apa sahaja yang dikehendaki
oleh seseorang.

Sampai-sampai kita boleh umpamakan, berlaku satu kes
ragut beg tangan di hadapan orang ramai. Salah seorang
daripada orang yang menyaksikan kes tersebut berkata:
�Selamat meragut beg tangan, tahniah!�.

Lalu orang ramai menegur: �Kenapa anda mengucapkan
tahniah kepada peragut itu?�

Orang itu menjawab: �Tidak ada nas yang jelas daripada
al-Qur�an dan as-Sunnah yang melarang kita daripada
mengucapkan tahniah kepada seorang peragut. Adakah
kalian lupa bahawa mungkin dia kelaparan dan inginkan
wang untuk membeli makanan? Adakah kalian lupa bahawa
dia mungkin rindu kepada kawan-kawannya dan ingin
menggunakan talifon bimbit dalam beg tangan untuk
mereka?�

Penulis yakin ramai pembaca yang akan menolak
perumpamaan di atas. Ini kerana meragut beg tangan
adalah perbuatan mencuri yang dilarang dalam Islam.
Lebih dari itu kita tidak boleh membenarkan satu
perbuatan yang salah dengan memberikan alasan-alasan
�tujuan yang baik� di sebaliknya. Akan tetapi inilah
yang dilakukan oleh Astora Jabat. Jika benar tidak ada
nas jelas yang melarang mengucap Merry Christmas, maka
demikian juga, tidak ada nas jelas yang melarang
mengucapkan tahniah kepada peragut beg tangan. Jika
ucapan Merry Christmas boleh diperkuatkan dengan
sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang berbuat
baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, maka demikian
juga, amalan mengucapkan tahniah kepada peragut boleh
diperkuatkan dengan tujuan baik yang mendorong dia
melakukan tindakan sedemikian.

Demikianlah agama Islam menurut Astora Jabat dan
lain-lain tokoh Islam Liberal, ia adalah ruang vakum
yang boleh dipenuhi dengan apa sahaja yang dikehendaki
oleh seseorang.

Sebenarnya perbincangan sama ada boleh atau tidak
mengucapkan Merry Christmas adalah sesuatu yang telah
lama dibicarakan kepada para ilmuan Islam. Insya-Allah
dalam risalah ini penulis akan cuba mengupasnya secara
adil berdasarkan petunjuk al-Qur�an, as-Sunnah dan
pemikiran yang sihat. Sebelum dimulakan, adalah
penting untuk kita terlebih dahulu memahami apa dan
kenapa masyarakat Kristian menyambut Hari Natal
(Christmas Day).

Christmas Day menurut orang Kristian adalah sambutan
hari ulangtahun kelahiran anak Allah di mukabumi,
iaitu Jesus. Tumpuan tidaklah diberatkan kepada tarikh
25 Disember tetapi pada diri Jesus itu sendiri yang
telah dikorbankan oleh Allah demi menghapuskan
dosa-dosa manusia. Pengorbanan sebesar ini tidak patut
dilupakan begitu sahaja, maka ia diingati dengan
sambutan Christmas Day.

Apabila penulis menaip �Why do we celebrate Christmas�
di enjin carian internet www.google.com, hasil
penemuan pertama yang dikemukakan menyebut:

Why do we celebrate Christmas? It is Jesus' birthday!
His mommy was Mary and His earthy Father was Joseph.
His real Father is God and Jesus was God's gift to all
of us!

Christmas is the celebration of the birth of Jesus.
Christians decided to celebrate this day many years
after He was born. December 25 was picked as this day,
even though it probably is not the exact day He was
born. That is not as important as the reason we
celebrate Christmas. Jesus is the reason for the
season. The season is not just to receive gifts, get
time off from school or eat a lot of good stuff.
Remember that Jesus was born for us...to take away our
sins...so that we can be forgiven of the bad things we
do forever. This is the greatest gift of all!
[www.godschildrenscorner.com]

Jelas Christmas Day adalah sambutan bersempena dua
perkara, pertama: Jesus sebagai anak Allah dan kedua:
pengorbanan Jesus oleh Allah sendiri demi menghapuskan
dosa-dosa manusia. Adalah memadai dalam artikel ini
kita memberi tumpuan kepada yang pertama sahaja, iaitu
Jesus sebagai anak Allah.

Apakah pandangan Islam tentang dakwaan Allah memiliki
anak? Jawapannya boleh diperolehi secara jelas
daripada al-Qur�an. Yang pertama, Allah adalah Tuhan
yang bebas daripada diperanakkan atau memiliki anak.
Allah Subhanahu wa Ta�ala berfirman:

Katakanlah: �(Tuhanku) ialah Allah Yang Satu, Allah
Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat, Allah tidak beranak dan tidak
diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
dengan-Nya". [al-Ikhlas 112:1-4]

Yang kedua, mengatakan Allah memiliki anak adalah satu
kesalahan yang amat berat:

Dan mereka berkata: �(Allah) Ar-Rahman, mempunyai
anak.�

Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara
yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah
disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi
pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung-ganang pun
nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa
mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal
tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia
mempunyai anak. [Maryam 19:88-92]

Yang ketiga, dakwaan Allah memiliki anak adalah
sebahagian daripada kepercayaan Trinity yang dipegang
oleh orang-orang Kristian.  Kepercayaan Trinity
bermaksud Allah adalah tiga sekalipun satu, iaitu (1)
The Father, (2) The Son and (3) The Holy Spirit. Ini
adalah satu kesalahan yang telah dinyatakan oleh
al-Qur�an sejak lebih 1400 tahun yang lalu:

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu
melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah
kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang
benar.

Sesungguhnya al-Masih Isa ibni Maryam (Jesus) hanya
seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah
disampaikan-Nya kepada Maryam dan (merupakan tiupan)
roh daripada-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah
dan Rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan:
"(Tuhan itu) tiga (Trinity)".

Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian) supaya
menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah
Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada
mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi
Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
[an-Nisa� 4:171]

Yang keempat, apabila orang-orang Kristian enggan
berhenti daripada kepercayaan Trinity mereka,
sebagaimana yang dilarang oleh ayat 171 surah an-Nisa�
di atas, maka Allah Subhanahu wa Ta�ala menghukum
mereka kafir:

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang
berkata: �Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga
tuhan.� Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak
berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu
orang-orang yang kafir dari antara mereka akan
dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[al-Maidah 5:73]

Ayat-ayat al-Qur�an di atas tidaklah bersifat
samar-samar dalam menyatakan kesalahan mendakwa Allah
memiliki anak. Pengkhususan diberikan kepada
kepercayaan agama Kristian yang mendakwa Jesus adalah
anak Allah. Jesus sebagai anak Allah adalah salah satu
unsur Trinity. Berpegang kepada kepercayaan sebegini
adalah satu kekafiran yang tidak diragukan lagi.

Alhamdulillah umat Islam bebas daripada kepercayaan
Allah memiliki anak dan Trinity. Akan tetapi umat
Islam tidak sahaja dituntut untuk menjauhi kepercayaan
sedemikian tetapi juga dilarang daripada membantu atau
menyokongnya. Ini kerana di dalam Islam, apabila
sesuatu perkara itu adalah salah maka kita bukan
sahaja dituntut untuk menjauhi kesalahan tersebut
tetapi juga dilarang daripada membantu dan menyokong
kesalahan itu. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. [al-Maidah 5:02]

Termasuk dalam keumuman perintah ��bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan�� ialah membetulkan
kepercayaan orang-orang Kristian. Hal ini kita lakukan
bukan dengan menzalimi mereka tetapi dengan dakwah dan
dialog dengan cara yang terbaik, yakni dengan ilmu dan
hikmah. Allah Subhanahu wa Ta�ala berfirman:

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab
melainkan dengan cara yang lebih baik, melainkan
kepada orang-orang yang berlaku zalim di antara
mereka. Dan katakanlah (kepada mereka yang zalim):
�Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada
kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan
kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah
Satu. Dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah
diri." [al-Ankabut 29:46]

Termasuk dalam keumuman perintah ��janganlah kamu
bertolong-tolongan pada melakukan dosa�� ialah jangan
kita membantu dan menyokong kepercayaan orang-orang
Kristian. Di antaranya ialah jangan diucapkan: Merry
Christmas kerana dengan ucapan ini atau apa-apa yang
seumpama, kita mengiktiraf kepercayaan mereka dan
memberi ucapan tahniah untuk mereka meneruskan
kepercayaan tersebut. Ini dilarang dan amat
bertentangan dengan apa yang sebenarnya dituntut ke
atas kita.

Adapun tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam yang menghormati dan berbuat baik kepada
sebahagian kaum Ahli Kitab, yakni orang-orang Yahudi
dan Nasrani, ia adalah tindakan yang menafsirkan
firman Allah Subhanahu wa Ta�ala:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu
dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[al-Mumtahanah 60:08]

Akan tetapi menghormati dan berbuat baik kepada orang
bukan Islam, dalam kes ini orang-orang Kristian,
tidaklah sampai ke tahap membenarkan dan membantu
kepercayaan mereka yang syirik kepada Allah. Sebagai
contoh, apabila memerintahkan anak-anak berbuat baik
kepada ibubapa, Allah Subhanahu wa Ta�ala berfirman:
Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesak kamu supaya
mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak
mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat
kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia
dengan cara yang baik. [Luqman 31:15]



Jelas bahawa berbuat baik tersebut adalah dengan
syarat ia tidak melibatkan apa-apa yang bersifat
syirik kepada Allah. Jika melibatkan syirik maka tidak
ada ketaatan. Namun sekalipun dalam suasana syirik
tersebut, anak-anak tetap dituntut bergaul dengan
ibubapa mereka dengan cara yang baik.

Justeru kita memang dituntut berbuat baik kepada
orang-orang bukan Islam. Akan tetapi tuntutan ini
tidaklah ke tahap kita melakukan syirik kepada Allah
atau kita mengiktiraf dan membantu orang bukan Islam
melakukan syirik kepada Allah. Hal ini perlu dibezakan
dengan baik. Perhatikan bahawa sekalipun Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menghormati dan berbuat
baik kepada sebahagian kaum Ahli Kitab, baginda tidak
sekali-kali memberi ucapan tahniah dan menyertai
perayaan keagamaan mereka.

Timbul persoalan seterusnya, bagaimana seharusnya
sikap kita kepada majikan, guru, rakan-rakan,
jiran-jiran dan ahli keluarga kita yang menyambut
Christmas Day? Untuk menjawab persoalan ini, penulis
ingin mengajak para pembaca sekalian melakukan satu
anjakan paradigma.

Sedar atau tidak, kita umat Islam apabila menghadapi
sesuatu persoalan seringkali akan cuba mengubahsuai
agama Islam supaya selari dengan persoalan tersebut.

Kenapa tidak dilakukan yang sebaliknya, iaitu
mengubahsuai persoalan supaya selari dengan agama
Islam? Sudah sampai masanya Islam dan umatnya menjadi
pemimpin, bukan asyik dipimpin.

Dalam kes ini, sikap kita terhadap orang-orang
Kristian yang berkaitan ialah menerangkan kepada
mereka bahawa kita menghormati kepercayaan yang mereka
pilih. Akan tetapi tidaklah bererti kita mengiktiraf
dan menyertai perayaan keagamaan mereka kerana ia
bertentangan dengan prinsip agama kita sendiri.
Melalui penerangan yang berhikmah dan ilmiah, pasti
mudah untuk orang-orang Kristian menerimanya. Malah
mungkin ia dapat membuka ruang dakwah untuk kita
membetulkan kepercayaan Trinity yang mereka pegangi. 



          




SZ: janganlah sambut secara berlebihan walaupun kita ad kawan yg beragama Kristian....