Pages

Thursday, December 9, 2010

Cara-cara merapatkan Saf dengan betul...


Assalamualaikum...haaa,,sedar xsedar sekarang nie ramai orang-orang di kalangan kita umat islam banyak mengambil langkah yang mudah hal-hal merapatkan saf di dalam solat.....bagi nereka itu adalah perkara yang remem tambah-tambah lagi bagi golongan orang tua dan penduduk kampung di kawasan pendalaman..mereka mengatakan tidak selesa laa, itu laaa..tapi merapatkan saf itu adalah sangat penting dan dituntut di dalam islam....merapatkan saf juga adalah bagus kerana merapatkan saf juga dapat menjimatkan ruang dan nampak lebih teratur.....kat sini aku nak bagi tips-tips dan contoh-contoh rapatkan saf dengan betul dan mengikut hadis yg sahih....

                                   *************************


Cara merapatkan yang betul

                         


                                Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:

"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 – Meratakan/meluruska n telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)

"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)



  Betul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

          
 Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan



3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)


                                        
                                   Salah - diri tidak sama dan tidak rapatkan bahu                
                                        

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.

Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Wednesday, December 8, 2010

BloG oH BloG..!!!!

Assalamualaikum...haa,akhirnya blog aku da menjadi...best giler first time bleh guna blog ney walaupun tak berapa cantik tapi aku akan berusaha mencantikkan lagi blog aku ney dan mengisi berita-berita terkini...Esok-esok jadi makin lawa laa blog aku kalau aku belajar lagi banyak perkara tentang blog...


Aku juga nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang telah mengajar aku cara buat blog ney...so,SELAMAT DATANG KE BLOG AKU walaupun tak setaraf dengan blog korang....tapi aku cuba untuk memperbaiki kelemahan aku ney...kalau korang rasa nak ajar aku,silakan mengajar co aku tak kisah pown n aku lebih suka...hehehe...


Sekian, sampai sini jekk laa kowt aku nak tulis coz aku tak tau pape sangat lagi pasal blog-blog ney......:)